MISTERI PENJARA PUDU DITUTUP!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani
hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar
suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam
lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula..
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari
Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai
seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan
"Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
diaa cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
dia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam
sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia
berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi
pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan
namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu
sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya
ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta
itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
HAYATILAH CERITA SERAM INI BERSAMBUNG KEMUDIAN HARI.................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment