JellyPages.com

Wednesday, December 19, 2012

CERITA KATUN JEPUN ALL BEST

1.DORAEMON
2.DETECTIVE CONAN
3.NARUTO SHIPPUDEN
 
SERIUS : PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI | Info terbaru dan terkini!
tangan cedera
Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku.
cerita daripada saksi….
mangsa..
Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan
kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman
di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman
serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik
Gerakan IPD Kuala Muda 03-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 03-
4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar
khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum.
*UPDATE*
Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang. 
P/S : MaysALLAH..Teruknya =(

Wednesday, November 14, 2012

KALIMAH ALLAH YANG TERSELIT DI KEPALA CRISTIANO RONALDO!!!!


  








Monday, November 12, 2012

SALIB YANG TERSELIT DI SUIT SUPERMAN:MAN OF STELL





P/P:Tak tau la lambang tu disengajakan atau tidak..wallahualam...

Friday, October 19, 2012

Makna Di Sebalik Star of David




Ini adalah siri mengenai simbol-simbol dalam teori konspirasi yang mungkin banyak di salah anggap oleh orang ramai. Sejak kemunculan siri video the arrival (berterima kasih pada Abdullah Hasheem, pemula siri arrival), ramai orang mulai buka mata tentang konspirasi. Ada yang menganggapnya serius, ada yang sambil lewa, dan ramai yang tidak hiraukan. Tapi, rata-rata yang saya kenal dan jumpa, takut dan obses dengan simbol-simbol ini seolah-olah, segala-galanya adalah dajjal yang punya. Hebat sangatkah dajjal ini?

Jadi, selama beberapa lama saya menyepi dari membuat pengkajian tentang konspirasi, maka kini saya mahu berkongsikan apa yang saya tahu tentang simbol-simbol konspirasi yang mana sebenarnya, kalau di perhatikan, ianya boleh di terjemahkan kepada simbol islamik dan tauhid. Tak percaya, mari kita selongkar dalam siri Konspirasi: simbol yang di putar cahayanya.

SEGITIGA, PIRAMID, TIGA TITIK; simbol dajjal dan setan?!
Kalau saya kata; simbol2 freemason, illuminati etc itu adalah sebenarnya islam yang punya tapi di putar alam oleh dajjal and the geng? apa kata survey?!

Ia adalah simbol bendera israel, di gunakan oleh Kabbalah dan judaism. Banyak pentagram dan diagram mengunakan simbol ini melibatkan penyembahan setan. Banyak di gunakan untuk ritual dan magik. Nampak saja simbol ini, kita terus ingat YAHUDI. Betulkan?!

Tahukah anda bahawa star of david yg israel yang dipakai itu adalah lambang Nabi Daud a.s dan mempunyai maksud yg tersembunyi?! Tapi ingin saya memberitahu bahawa ramai remaja2 yang baru kecimpung dalam pengkajian teori konspirasi ini akhirnya jadi takut dengan lambang star of david tu.. depa kata tu lambang setan.. masyallah, jadi, bagi saya ni lah antara fitnah dajal.. bolak balik batil jadi haq dan haq jadi batil.



Star of David ini sebenarnya bermula dari simbol numbor 7, yang mana tengahnya di tarik dan menjadikan sebuah segi tiga. Ini bermakna, ada dua 7 yang di jadikan bentuk segi tiga. 7 yang di maksudkan dalam istilah judaism ialah; 7 malaikat utama seperti jibrail, mikail dan seumpamanya (sedangkan islam ada 10 yang utama). Pun begitu, 7 ini juga di sebut sebagai 7 hari dalam penciptaan. Selain itu 7 juga di maksudkan dengan 7 tingkat langit dan bumi. Ini semua dalam judaism. Malahan, Islam mengesahkan perihal 7 ini (kecuali 7 hari kejadian tu, sedangkan dalam Quran di sebut, 6 masa, bukannya 7 hari)

Secara ringkasnya; Shield of David ini (atau di sebut sebagai Star of David) ini, mengandungi maksud 7 petala bumi dan langit, 7 hari, 7 malaikat dan ia adalah ‘perisai’.

Saya ada pergi ke galeri shah alam tahun lepas dan ada nampak satu keris yg mana ada ‘wafaq‘ sulaiman.. Sibijik sama seperti star of david tu dan di situ dia di tulis penerangannya, wafaq sulaiman ni untuk kekuatan dalaman dan luaran si pemakai. bagi saya, bukan wafaq sulaiman tu yg terer.. tapi simbolik di sebaliknya. yakni pergabungan alam sgahir dan kabir, 2 kalimah syahadah atau mgkn nur muhammad nur allah yang tak bercerai berai (yg selalu org2 hakikat dok sembang tu laaa)

Kali ni kita sentuh bab piramid lak yang menjadi based untuk star of david. sebenarnya, bukan bentuk piramid tu yg penting, tp tiga bucu yakni tiga titik tu yg penting..



Senang kata, 3 perkara dlm pembentuk 1 bentuk piramid. kalau tgk khatamul nubuwah, juga tiga segi (tp ada juga yg kata bukan cam tu, tu hnyalah sebahagian)… meskipun demikian, saya ambil pasal 3 perkara yg telah di ketahui oleh orang hakikat yakni ALLAH, MUHAMMAD, ADAM. tiga perkara penting dalam pembentukkan ‘institusi ketuhanan’ (mungkin ramai yang kurang faham, tapi silalah mencari perihal ini dengan guru anda sekali. Insyallah akan di terangkan. Jangan ambil di nusanaga.blogspot.com sahaja. Carilah, kajilah, fahamkanlah dan rasailah)

Dan kenapa dua piramid di satukan? Ia adakah mengenai kalimah syahadah, kunci bagi segalanya. Alam atas, alam bawah, alam kabir, alam saghir (alam malakut, alam penciptaan, alam semesta, alam dalam diri seperti mimpi, khayalan, minda etc.) Dan tiap perkara ada oppositenya masing2 (syurga neraka, bulan bintang, tanah air, lelaki perempuan etc.)

Ringkasannya;
Star of david sebenarnya melambangkan penyatuan yg sejati. tp israel mengunakannya sebagai ‘lambang kuasa’ untuk re-claiming tanah yg kononnya depa yang punya. ia bukan hanya sekadar simbol tp lebih dari itu. ia simbol ketuhanan, kehambaan dan isi sebenar kenapa ‘kita ada di sini’…

Jadi, kesimpulan dari STAR OF DAVID ini adalah:-
  • Ia milik Nabi Daud a.s
  • Di gelar perisai Nabi Daud (yang mana ‘suara’ Nabi Daud mampu ‘memberhentikan’ burung dan apa yang bergerak’)
  • Juga di gelar sebagai ‘seal of solomon’ atau ‘cop mohor Nabi Sulaiman’ a.s (tentang peguasaan Nabi Sulaiman yang luas)
  • Terdiri dari 7 yang jadi segitiga dan di gabungkan pula dua segitiga tadi (7 angka spirtual)
  • Segitika yang mempunyai 3 bucu/titik merujuk pada tiga perkara utama yakni ISLAM, IMAN dan IHSAN yang baru bersatu, gerak seiring. Baru teguh.
  • 3 perkara yang juga boleh di rujuk sebagai ALLAH, MUHAMMAD dan ADAM (yang mana di ‘pesongkan’ oleh falsafah Trinity Kristian dengan meletakkan sebagai Jesus anak tuhan)
  • 3 perkara yang juga merujuk pada KEPALA, BADAN dan KAKI (tanpa kepala tak boleh hidup, tanpa badan tak bermanfaat dan tanpa kaki tak mampu bergerak.)
  • Gabungan dua segitiga yakni 2 kalimah syahadah yang tidak boleh di pisah ceraikan.
  • Ia di gelar perisai Daud dan simbol kerajaan Sulaiman, jadi ia bermaksud ‘harus pertahankan 3 perkara dan 2 kalimah’ seteguh mana kerajaan Sulaiman yang tak mungkin dapat di tandingi oleh mana-mana pihak.

Jadi, siri ini mengajak pembaca supaya melihat simbol konspirasi, dari obses atau takut membuta tuli kepada membawa keimanan yang teguh.

Friday, October 12, 2012

Hikayat Si Tenggang

Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.
Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.
Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

  • Dongeng Si Tanggang disampaikan secara lisan. Oleh itu, ia mempunyai banyak versi yang berbeza mengikut tempat di Nusantara.Dalam versi asal yang disampaikan oleh orang Minangkabau, Si Tanggang dikenali dengan nama Malin Kundang.

Dalam versi Brunei, Si Tanggang dikenali dengan nama Nakhoda Manis dan ibunya bernama Dang Ambon, manakala bapanya sudah meninggal dunia ketika dia masih kecil.Mereka tinggal berdekatan dengan Sungai Brunei.Nakhoda Manis merantau di sebuah pekan yang bernama Sulok.Adalah diperkatakan bahawa batu yang ditukarkan daripada seluruh kapal Nakhoda Manis berserta isinya adalah Jong Batu di Sungai Brunei.

Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang.Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat.Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat,mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.



Si tenggang bersujud mtak ampun

Bekas serpihan tempayan dan tong2


kesan tali2 kapal


1)bahagian belakang kapal
2 & 3 ) tali kapal n tong2
4) bahagian tepi kapal

Monday, October 8, 2012

BILA SUPER HERO PENCEN


lukisan2 cambest kali ini hasil karya daripada Donald Soffritti...gambar2 yg beliau lukis ni menggambarkan aksi2 superhero time dah nk pencen..hahaha...sgt2 menarik..jom usha!
Retired Superheores by Donald Soffritti
Retired Superheores by Donald Soffritti
Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti

Retired Superheores by Donald Soffritti