Hikayat Si Tenggang
Si
Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki
yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi
pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah
miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita
tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan
tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang
menjadi penghalang kepada cita-citanya.
Pada
suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah
kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya.
Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal
itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus
bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan
bekerja.
Walaupun
Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang
belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si
Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si
Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda.
Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang
pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si
Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si
Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan
namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput
ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si
Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di
merata negeri.
Pada
suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung
asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang.
Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
Gembira
dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju
ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal
melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan
isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di
hadapan isterinya. Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si
Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya
bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya
sudah tiada.
Si
Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma
berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di
daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah
tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang
bahawa akulah ibu kandungnya."
Tiba-tiba
petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang
terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang
berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan
menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak
kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak
berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat.
Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak
kapalnya telah bertukar menjadi batu.
- Dongeng Si Tanggang disampaikan secara lisan. Oleh itu, ia mempunyai banyak versi yang berbeza mengikut tempat di Nusantara.Dalam versi asal yang disampaikan oleh orang Minangkabau, Si Tanggang dikenali dengan nama Malin Kundang.
Dalam versi Brunei, Si Tanggang dikenali dengan nama Nakhoda Manis dan
ibunya bernama Dang Ambon, manakala bapanya sudah meninggal dunia
ketika dia masih kecil.Mereka tinggal berdekatan dengan Sungai
Brunei.Nakhoda Manis merantau di sebuah pekan yang bernama Sulok.Adalah
diperkatakan bahawa batu yang ditukarkan daripada seluruh kapal Nakhoda
Manis berserta isinya adalah Jong Batu di Sungai Brunei.
Beberapa
tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si
Tanggang.Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia,
dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera
Barat.Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat
setempat,mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.
Si tenggang bersujud mtak ampun
Bekas serpihan tempayan dan tong2
kesan tali2 kapal
1)bahagian belakang kapal
2 & 3 ) tali kapal n tong2
4) bahagian tepi kapal







No comments:
Post a Comment