JellyPages.com

Sunday, August 12, 2012

Misteri Kapal Wartah Lesap!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. UMUM mengetahui tragedi kisah kapal mewah Titanic karam di lautan Atlantik pada tahun 1912.Malah,kisah benar itu turut diadaptasi menjadi sebuah filem dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia.Namun,pernahkah anda mengetahui di sebalik tragedi ini,terdapat sebuah lagi kapal yang jauh lebih mewah dan paling kukuh di dunia pernah karam di lautan yang sama pada tahun 1909?
Misteri yang tersimpan kukuh itu kini menjadi tanda tanya pelbagai pihak.Jika sebelum ini kapal Titanic karam disebabkan perlangarannya dengan ketulan ais yang besar,tetapi kehilangan kapal mewah ini tidak diketahui puncanya.

Kapal mewah yang dimaksudkan itu bernama Waratah.Ia milik syarikat Blue Anchor Ocean Transport Corporation Australia.Nama Waratah diambil sempena nama sejenis bunga yang terdapat di Bandar New South Wales,Australia.

Mengikut rekod,kapal ini merupakan salah satu kapal yang berulang alik dari England ke Australia menggunakan laluan Tanjung Harapan di Afrika Selatan.Bagaimanapun pada tahun 1909,kapal tersebut dengan kapasiti muatan barang seberat 6500 tan bersama 210 penumpang hilang secara tiba-tiba.

Segingga kini,masih belum ada jawapan dan bukti yang konkrit menunjukkan bagaimana kapal itu karam.Pelbagai persoalan dan andaian dikemukakan pelbagai pihak.Namun tidak seorang pun berjaya membuktikan secara jelas tentang proses kapal itu karam.
Lantaran itu,semua pihak terpaksa bersetuju bahawa kapal ini tidak diketahui apakah ia karam di lautan ataupun kehilangannya itu ada sebab ataupun kehilangannya itu ada sebab musabah lain.

Bagaimanapun,kapal yang dibina sepanjang 150 meter ini pernah diiktiraf sebagai kapal yang berketahan anti tenggelam oleh syarikat pembuat kapal Barclay dari Scottland.Pengiktirafan itu dibuat pada tahun 1908.Setahun kemudian,ia hilang secara tiba-tiba.Keadaan itu menyebabkan ramai pengkaji bidang perkapalan inginkan jawapan tentang kajadian itu.

Kisah Tragedi kapal ini bermula sewaktu pelayarannya menuju ke Australia dari England.Sepanjang perjalanan,di dalam kabin mewah itu tekah berlangsung bermacam-macam jenis pesta yang sungguh meriah.Ketika dalam perjalan melewati Afrika Selatan,kapal Waratah berlabuh sebentar di timur Afsel sebelum meneruskan perjalan menuju ke Cape Town.

Semasa di Afsel,tiba-tiba berlaku badai angin,Seorang daripadanya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan.Dia bimbang berlaku sesuatu yang buruk bakal berlaku.Penumpang itu bernama Claude Soya.Dia turun daripada kapan dan tinggal di Durban sementara menanti badai angin itu reda.Tindakan Claude Soya sedikit pun tidak menyebabkan penumpang lain berasa bimbang.Mereka begitu yakin bahawa kapal itu akan terus kukuh walaupun dilanda rebut setinggi gunung.Pemeriksaan kelasi pada struktur badan kapal juga menunjukkan mereka tidak perlu bimbang apa-apa.

Menurut Claude,hatinya rasa ada sesuatu yang bakal berlaku pada kapal berkenaan.Pada
suatu malam,dia pernah bermimpi,kapal itu dibalikkan oleh satu gelombang besar dari dalam laut sebelum ia hilang kea rah kaki langit.Kata Claude lagi,semasa di Durban,Kapten kapal yang bernama Yosua E.IIbery telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kapal tersebut telah terlebih muatan.Keadaan itu menyebabkan geladak kapal tertekan ke bawah.Bagaimanapun,pendapat Kaplten Yosua tidak dipedulikan pegawai kapal lain.Mereka yakin bahawa kapal itu kukuh dan selamat serta mampu meneruskan perjalan ke Cape Town.

Ternyata dugaan mereka tersasar.Kapal Waratah tidak sampai ke Cape Town seperti yang ditetapkan dan ia ghaib bersama penumpangnya.Tiga bulan kemudian,usaha menjejak kapal dilakukan.Ekspedisi ini juga untuk mencari jawapan bagi menjawab misteri pelik dalam sejarah dunia ini.Gerakan selama tiga bulan ini tidak menemui apa-apa kesan.Gerakan mencari oleh Angkatan Laut Kerajaan Australia juga menemui jalan buntu.
Pada tahun 1929,secara tiba-tiba seorang askar telah menemui kesan kapal pecah di ssatu kawasan berhampiran Tanjung Harapan Afrika Selatan.Peristiwa itu direkodkan sebagai penemuan serpihan kapal pecah yang tidak diketahui,kemudian pada tahun 1962,seorang juruterbang telah terlihat sebuah kapal di perut laut Afsel.Bayang itu mirip kapal Waratah.Juruterbang it uterus merekodkan koordinat tempat tersebut dan maklumat itu kemudiannya sampai ke pengetahuan ahli kaji bumi Afrika Selatan Peter Lamuzy.Kajian lanjut Lamuzy seterusnya menemui serpihan kapal pecah.

Setelah dicantumkan,ternyata ia kapal selam jenis U milik tentera Jerman yang pecah semasa Perang Dunia kedua berlangsung.Sehingga kini,tiada seorang pun manusia yang tahu apakah yang berlaku pada kapal ini.Malah Claude Soya juga tidak tahu apa yang terjadi.



No comments:

Post a Comment